LATAR  BELAKANG

 

 

Nama saya NORAINI BT ABDULLAH, dilahirkan di KAMPUNG GAJAH, PERAK pada 2 JANUARI 1962.  Bapa saya, ABDULLAH BIN MOHAMED AMIN merupakan seorang yang gigih dan bertanggungjawab membesarkan kami adik beradik walaupun dalam serba kekurangan.  Dengan bantuan ibu saya yang penyayang iaitu KAMARIAH BT MAT PIAH, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi pendidikan yang sempurna agar kami adik beradik berjaya dan cemerlang hidupnya di dunia dan akhirat.  Mereka sentiasa memastikan kami belajar bersungguh-sungguh di sekolah dan kemudian mengajar kami mengaji serta melakukan amal ibadat lain dengan baik.  Walaupun kini bapa saya telah kembali ke rahmatullah pada 17 DISEMBER 2006, namun jasanya tetap saya kenang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Saya berkahwin dengan MOHD ZIN BIN SAIDIN yang juga merupakan seorang guru.  Kami berkenalan  semasa masih menuntut di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI. Dia merupakan seorang suami yang baik, penyayang, bertanggungjawab serta sering membantu saya dalam menguruskan rumahtangga jika ada kelapangan.  Saya rasa sungguh bertuah dikurniakan dengan pasangan yang begitu memahami hati dan perasaan serta pandai mengambil hati keluarga terutamanya ibubapa saya.  Bagi saya suami bukanlah hanya untuk isteri tetapi juga mesti berperanan sebagai menantu, ipar serta yang paling utama ayah kepada anak-anak yang dilahirkan. Sebagai ketua keluarga pula, dia mestilah dapat memberi bimbingan untuk kecemerlangan dan kebahagian hidup dunia dan akhirat. Dialah yang mengajar membaca Al-Quran kepada kedua-dua anak lelaki kami.  Jika dia ada urusan penting yang tidak dapat dielakkan, saya akan mengambil alih tugasnya itu.  Bagi kami berdua, anak-anak akan lebih menghormati jika ibubapa dapat menjalankan tugas guru kepada mereka kerana adalah menjadi kebiasaan anak-anak  lebih percaya  kepada guru daripada ibubapa mereka sendiri.

 

 

 

Anak lelaki saya yang pertama bernama MUHAMMAD KAMIL.  Muhammad Kamil berusia sembilan belas tahun dan masih menuntut di The School of Aviation Advance Aeronautics Training Centre.  Dia merupakan seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik, Taiping.  Dia sangat berminat dalam bidang automotif.  Semasa menunggu keputusan SPM dia secara sukarela telah bekerja di sebuah bengkel kereta tanpa di bayar gaji.  Tujuannya adalah semata-mata untuk memperoleh kemahiran dalam bidang memperbaiki kenderaan.  Selepas mendapat keputusan SPM,  dia terus menyambung pengajiannya dalam bidang aeronautic pula. Pada waktu lapang, dia suka melayari internet untuk mengikuti perkembangan dalam bidang automotif, aeronautic, dsb.  Alhamdulillah, saya bersyukur anak saya ini tahu hala tujunya serta tidak suka menghabiskan masa melepak dengan kawan-kawan membuang masa dengan sia-sia.

 


 

 

 

Anak lelaki saya yang kedua pula bernama HIBATUL HAKIMI.  Hakimi berusia empat belas tahun dan belajar dalam tingkatan dua di SMK Jelapang Jaya Ipoh.  Hakimi merupakan seorang anak yang aktif dan suka bermain basikal lasak.  Dia berminat dalam permainan bola sepak serta silat.  Pada waktu lapang dia suka bermain `computer game’.  Dia berminat dalam bidang masakan dan bercita-cita untuk menjadi tukang masak yang terkenal pada suatu hari nanti.  Hakimi sering membantu saya memasak dan menghidangkannya mengikut citarasanya sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Bagi saya, saya akan menyokong apa saja cita-cita anak-anak saya asalkan tidak bercanggah dengan syarak.  Mereka berhak memilih cita-cita mereka dan kita sebagai ibubapa  perlu menerangkan buruk baiknya sesuatu bidang yang ingin mereka ceburi.   Tiada gunanya kita menetapkan kerjaya mereka  jika mereka sendiri tidak berminat ke arah itu.  Yang akan terus hidup dan bekerja adalah anak-anak kita, jadilah biarlah mereka sendiri yang membuat pilihan supaya hidup mereka bahagia dunia dan akhirat dan dapat memberi sumbangan menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.  Hidup akan lebih bahagia jika kita melayarinya mengikut kehendak kita sendiri dan mendapat sokongan daripada orang-orang yang disayangi tetapi mestilah tidak lari daripada dasar-dasar yang telah ditetapkan Allah..