KENANGAN PAHIT

 

 

Selepas Hari Raya Puasa 2006 kami menerima berita yang sangat mengejut dan menyedihkan.  Bapa yang sangat-sangat disayangi telah disahkan mengidap kanser hati.  Memandangkan usianya telah menjangkau 80 tahun serta ada mengidap beberapa penyakt lain maka doktor tidak menggalakkan dijalankan pembedahan atau kemotrapi.  Doktor meramalkan bapa hanya mempunyai tempoh tiga bulan sahaja unuk hidup daripada hari itu.

 

Kami sekeluarga berusaha mengubati bapa menggunakan kaedah rawatan alternatif.  Namun begitu, usaha kami agak terlewat kerana tahap kanser bapa telah mencapai tahap 4.  Setiap hari yang berlalu saya perhatikan bapa menempuhnya dengan penuh kesakitan.  Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan hanya menyuruhnya bersabar dan mengingati Allah sentiasa di samping menerima ujiannya dengan redha.  Alhamdulllah, bapa kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang tenang dan dikelilingi oleh semua ahli keluarga.  Jasamu ayah akan tetap kami kenang selama-lamanya.