KENANGAN MANIS

 

Kami sekeluarga pergi mengerjakan umrah pada 28 Mei 2005.  Kumpulan kami yang terdiri daripada 14 orang telah mengikuti  pakej umrah yang diketuai oleh Ustaz Tahir bersama rakan-rakan yang lain telah bertolak dari Ipoh pada tengah malam hari Sabtu.   Alhamdulillah urusan perjalanan serta ibadah umrah berjalan dengan lancar walaupun ada di antara ahli kumpulan pakej kami yang terpaksa menempuhi berbagai cabaran sebelum dapat mengerjakan umrah.

 

Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan suami, anak-anak, ibu serta ahli keluarga yang lain duduk menghadap ibadat serta melakukan solat, berzikir dan lain-lain lagi pada masa itu.  Sememangnya saya rasa tidak semua orang berkesempatan menerima peluang yang sebegini walaupun ramai yang mengharapkannya.  Walaupun berpeluang melakukannya lagi tetapi saat itu, di mana ketika anak-anak masih kecil dan sentiasa bersama kita tak dapat diulang lagi.  Tambahan pula keadaan ibu yang masih kuat dan sihat serta dapat mengerjakan umrah dengan sempurna berbanding sekarang di mana ibu telah semakin uzur dan tak dapat melakukannya sendiri.